BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Music Myspace Comments

Cartoons Myspace CommentsMyEm0.ComCartoons Myspace CommentsMyEm0.Com Welcome Myspace Comments
Friends Myspace Comments

Tuesday, June 15, 2010

Dilaporkan oleh Nu'aym B. Ahmad:

Abdullah b Mubarak apabila ditanya kepada beliau adakah beliau tidak merasa kesunyian duduk di rumah seorang diri sepanjang masa, beliau menjawab, "Masakan boleh aku ini merasa sunyi sedangkan aku *bertemankan Rasulullah shallallahualaihiwasallam sepanjang masa."
*Maksudnya: Sibuk mentelaah hadith Rasulullah shallallahualaihiwasallam

Dilaporkan juga oleh Nu'aym B Ahmad:

Orang-orang bertanya kepada Abdullah b Mubarak: "Wahai Abu Abd Al-Rahman, kami lihat kau selalu duduk bersendirian di rumahmu." Beliau menjawab, "Aku ini sendirian?Sesungguhnya aku *duduk bersama Rasulullah shallallahualaihiwasallam dan para sahabahnya radhiallahu'anhum ."

*Maksud: Menelaah hadith

[Rujukan: Ibn ‘Asâkir, Târîkh Dimishq Vol. 32 p458]

Juga dilaporkan oleh Shaqiq B Ibrahim:

Pernah di satu ketika orang-orang bertanya kepada Abdullah b Mubarak, "Kami melihat kamu tidak duduk bersama kami selepas solat?" Abdullah b Mubarak menjawab, "Aku pergi duduk bersama-sama para sahabah radhiallahu'anhum dan para tabi'in rahimahullah" Lalu orang-orang yang bertanya tadi kehairanan, "Mana mungkin kau duduk bersama mereka, sedangkan mereka sudah lama meninggal dunia?" Lalu dijawab oleh Abdullah b Mubarak, "Aku pergi duduk membaca dan menelaah 'ilm yang telah aku perolehi dan telah aku kumpulkan daripada mereka, di sana aku temui ucapan dan keperibadian mereka.Dan apa yang aku perolehi daripada duduk bersama kalian?Kalian sibuk memperkatakan keburukan manusia lain."

[Rujukan: "Biografi Abdullah b Mubarak" - Al-Dhahabî, Siyar A’lâm Al-Nubalâ`]

0 comments:

f0llow..